Jika cerita semalam ialah tentang promosi dari pihak Kenshido, iaitu tawaran hebat! yang julung kali di adakan.. ( CEPAT REBUT kepada yg belum
) hari ini pula ialah kisah saya dengan Score A. Bagi diri saya, saya telah pun ‘top up’ portal keahlian anak saya kelmarin dan memang terbukti BENAR, portal tersebut akan tamat 31 Mac 2007! Saya dapat ‘extra’ sebulan!.
. Mengapa cuma sebulan ? sebabnya saya melanggan Score A pada bulan Ogos yang lalu. Jadi bulan November kad tersebut tamat tempohnya. Sebab itu saya perlu ‘top up’ semula untuk membolehkan anak-anak saya menggunakan Score A seperti biasa.
Baiklah. Hari ini akan saya dedahkan kepada anda ‘rahsia’ saya mengenali Score A. Bagaimana ianya mula-mula terjadi. Huhu bunyi macam ada satu peristiwa pulak
. Memang betul tanpa sesuatu tidak akan terjadinya sesuatu. Bak kata pepatah melayu,
Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung Manakan Dapat Sagunya.
Kalau tak kita selidik dan kaji sesuatu perkara atau ilmu kita tak akan tahu rahsianya. Hatta sekalipun benda tu PERCUMA!. Setuju tak ?
Setiap dari kita memang mempunyai corak kehidupan yang berbeza. Tak mungkin sama apa yang kita lalui dan apa yang kita alami setiap hari malah setiap saat. Mungkin ketika ini saya sedang menaip di depan komputer peribadi saya dan dalam masa yang sama anda pula berada di jalanraya, mungkin juga anda sedang bekerja atau mungkin ada juga yang sedang tidur. Aik ? Tidur di sianghari ? ayuh bangun rakan-rakanku. Matahari sedang terik di sana. Ohya hari ini hari Jumaat hari penghulu segala hari. Sebahagian besar umat islam sedang berada di masjid untuk Solat Jumaat.
Tahukah anda, kehidupan merantau bukanlah sesuatu yang mudah untuk di lalui. Mungkin kepada anda yang telah biasa merantau di negara orang tidak menjadi halangan dan jika anda kurang berminat untuk mengetahuinya hentikan sahaja membaca catatan saya;). Namun bagi anda yang belum di beri peluang merantau jauh… di sini saya kongsikan sedikit rahsia kehidupan pelajaran anak-anak saya. Tidak boleh banyak nanti ada yang marah
.
Selama kira-kira setahun setelah saya merantau bersama keluarga, anak-anak saya semakin membesar. Ketika itu usia mereka di antara 5 dan 2 tahun. Sudah tentu ketika itu tahap pembacaan mereka masih lemah. Nasihat rakan-rakan memberi saya perangsang agar terus memberi mereka galakkan untuk mempelajari Bahasa Inggeris. Semakin hari mereka semakin bijak. Malah perbualan juga dah semakin hangat. Banyak soalan-soalan cepu emas yang adakalanya tidak dapat di jawab serta-merta!. Maksud saya, apa saja yang di bincangkan di antara saya dan anak saya tentang dunia dan kehidupan mereka semakin menjadikan saya dan mereka matang. Yelah sebagai ibu kepada anak-anak yang semakin membesar saya menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan untuk pastikan mereka berjaya dalam hidup!. Antaranya ialah pembelajaran untuk subjek-subjek persekolahan di Malaysia. Ya, itulah kerisauan saya. Terutama matapelajaran Bahasa Melayu. Sebagai contoh :
Along pada mulanya sering bertanya, ibu apakah ‘enam’ ? apakah ‘monkey in malay’ ? macamana nak baca ? nak eja ? apakah itu, apakah ini dan macam-macam lagi. Jadi kerisauan seorang ibu pada ketika itu memang di tahap maksima. Memang la soalan seperti itu amat mudah untuk di jawab. Tapi sampai bila saya harus berdiam diri dan berserah pada takdir ?. Tak kan saya hendak menipu diri-sendiri ?. Memang ada yang berpendapat :
‘Ala anak-anak ni cepat belajar tak perlulah risau. Ya, memang saya menyokong 100% tapi ibubapa mana yang tidak gembira apabila melihat anak-anaknya berjaya mendapat keputusan yang CEMERLANG ?. Apatah lagi seperti saya yang tinggal jauh merantau. Agak mustahil kalau saya nyatakan bahawa ada setengah ibubapa yang tidak risau akan hal ini. Entahlah tepuk dada tanyalah iman
‘.
Mungkin ada yang bertanya … ?
saya tak beli buku dari Malaysia ke ? tak ada buku teks ke ? CD kementerian ? . Jawapan saya, ya ada!. Semuanya saya ada.Tapi.. percayakah anda ?
Arus teknologi dan pemodenan kini bergerak begitu pantas. Dengan adanya kemudahan teknologi mengapa tidak kita maksimakan dengan baik ?. Menggunakan internet untuk mencari satu sumber maklumat adalah biasa bagi kita, saya dan juga anda. Setuju ?. Jadi pencarian jawapan kepada persoalan saya masih belum terjawab ketika itu. Tapi saya yakin, pasti ada satu kaedah terbaik yang mungkin dapat membantu anak-anak saya memenuhi impian saya! Iaitu, saya tidak mahu mereka ketinggalan dengan rakan-rakannya yang kini sedang belajar di sekolah di Malaysia walaupun hakikatnya anak saya juga belajar di sini.
Justeru, saya terus mencari dan mencari maklumat yang ada di internet. Tidak cukup bahan-bahan dalam Bahasa Inggeris, bahan-bahan dalam laman web Bahasa Melayu juga saya gunakan. Namun ianya masih belum memberikan jawapan yang saya kehendaki
. Sehinggalah satu ketika, rakan saya di sini mencadangkan satu sistem/produk yang bagus untuk pelajaran anak-anak katanya. Ya, terima kasih pada Zurin kerana memberitahu saya tentang kebaikan Program Score A. Saya sememangnya jenis seorang yang suka merebut peluang, kalau benar peluang itu baik.
Namun, inilah di namakan takdir Illahi. Walaupun dia telah menyebut dan memberitahu website apa yang patut saya layari, tapi belum terbuka jalan untuk saya menemui Score A. Selepas kira-kira setengah tahun barulah saya menemui satu informasi mengenai kelebihan penggunaan Program Score A melalui satu laman web iaitu tidak lain tidak bukan laman web saudara Ahmad Ridzuan, upline saya di Kenshido. Beliau kini telah pun bergelar ‘Manager’. Di pendekkan cerita walaupun ianya telah panjang, rupanya sebelum ini memang Program Score A hanya di gunakan di sekolah-sekolah Bestari sahaja dan tidak di jual kepada orang ramai. Kebetulan pula bulan April yang lalu Program Score A baru di lancarkan dan di pasarkan melalui Sistem MLM. Jadi selepas kira-kira 4 bulan, barulah saya menemuinya di internet!.
Terima kasih Aridz!. Laman web anda telah memberi satu jalan luas kepada saya dan anak-anak saya. Tanpa laman web tersebut mungkin hingga ke hari ini, saya masih belum mengetahui Rahsia Score A. Kini syukur alhamdulilah, anak-anak saya semakin seronok belajar bersama Portal Score A. Bila di tanya sahaja sudah tentu serta-merta mereka berlari menuju ke komputer. Tergambar di wajah mereka terutama apabila selesai sahaja di hantar jawapan sesuatu latihan dan keputusannya adalah serta-merta 100%. Mereka akan minta saya ‘print’ dan dengan senyuman yang gembira mereka bangga dengan pencapaian mereka. Walaupun tanpa guru yang mengajar!
siapa lagi kalau bukan ibunya…
Justeru sehingga ke hari ini, anak-anak saya masih terus membuat latihan melalui Program Score A dan insyaallah sehingga kami pulang ketanah air nanti, mereka tetap akan menggunakannya dan semoga mereka berjaya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah dan CEMERLANG dalam peperiksaan mereka kelak!. Amin.
* Anda pula bagaimana ? Adik-adik anda ? saudara-mara anda ? Siapa lagi kalau bukan diri kita yang akan membantu kejayaan CEMERLANG generasi kita sebaris dengan kejayaan anak-anak orang lain dan bangsa-bangsa lain ?
Semoga tak hilang melayu di dunia.