Kata orang, usaha tanda kejayaan. Begitulah yang saya alami setelah menggunakan Portal Score A dalam menilai tahap pembelajaran anak-anak saya. Kali ini saya menyentuh tentang keberkesanan Program Score A dalam melatih anak saya tentang Matematik. Seperti saya nyatakan sedikit pada entry sebelum ini, sistem pembelajaran sekolah di Jepun amatlah berbeza dengan sistem pembelajaran kita di sekolah-sekolah Malaysia. Justeru, kini saya tidak lagi merasa risau walaupun kadangkala agak tertekan dengan ketiadaan ilmu menjadi guru atau kemahiran mengajar. Namun dengan bantuan Program Score A ini saya dapat mengatasi kelemahan saya dan yang penting, kini saya dapat membuat penilaian awal. Iaitu teknik-teknik mengenalpasti pencapaian anak saya di dalam matapelajaran Matematik.

Setelah melanggan kira-kira 4 bulan, saya dapat melihat sendiri keupayaan anak saya dalam menjawab soalan yang berbentuk objektif. Dia akan lebih berhati-hati di dalam memilih satu-satu jawapan, memandangkan sifat dirinya yang sememangnya tidak mahu mengalah. Jadi sikap dia yang terlalu berhati-hati menyebabkan anak saya telah mengambil masa yang lama semasa pertama kali cuba menjawab soalan Matematik di e-Topic, tahap 1. Dia juga tidak berapa yakin dan seperti tidak faham apa yang cuba dijawab.

Namun, kini dengan latihan demi latihan, anak saya telah pun dapat meminimakan masa tempoh menjawab soalan Matematik dan peratusannya juga meningkat. Jika dahulu pernah dia menjawab hampir 30 minit untuk 15 soalan dan mendapati 3 soalan telah silap dengan peratusan sebanyak 91.13%. Tapi seteah beberapa kali mencuba nampak ada keyakinan pada dirinya dan dia juga berjaya mendapat peratusan 100%.

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb