Walaupun masa yang ada amat terhad, sebab selain latihan dan aktiviti membaca buku setiap hari, namun Along tetap berasa gembira dan suka bila di ajukan ‘ Along jom belajar dengan Score A ‘. Begitu juga dengan si Kakak (anak kedua saya) tapi dia tu ikut mood , kalau masa angin baik 2-3 latihan di Score A dia nak buat. ;) . Sudah tentu ada perbezaan antara kedua-duanya dalam menggunakan Portal Score A sebagai sahabat belajar mereka.

 

 

Ok ini gambar semasa Along sedang menjawab subjek Bahasa Inggeris melalui Portal Score A. Sebanyak dua kali dia mencuba dan dua keputusan yang Along perolehi, 97.8% dan yg kedua 100%. Bagi Along tiada masalah jika dia tidak mendapat 100% . Yang penting baginya ialah latihan demi latihan yang di lalui untuk membolehkan Along biasa dengan cara latihan berbentuk objektif untuk matapelajaran di Malaysia. Memandangkan pembelajaran di Jepun yang jauh berbeza. Malah nampak di wajahnya satu keyakinan apabila menjawab semua soalan-soalan di Portal Score A.
 

Di sebelah ini adalah satu keputusan yang di perolehi dengan serta-merta apabila dia selesai menjawab. Sebagai ibu, saya hanya memantau sahaja kesemuanya di lakukan sendiri oleh Along.

Yang ini pula adalah keputusan kedua yang di perolehi dan sudah tentu Along tersenyum puas sebab percubaannya kali ini berjaya!

Ya, begitulah aktiviti anak-anak saya bersama Score A. Walaupun bukan setiap hari namun, meluangkan sedikit masa emas mereka mengenali dan mendekati Score A sebagai sahabat setianya adalah penting demi kejayaan mereka di masa depan.

Saya amat yakin, apabila mereka kembali ke Malaysia kelak, sedikit-sebanyak anak-anak saya akan dapat menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran di Malaysia, insyaallah dengan berkat doa yang tidak pernah putus.

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb