Category:
web — lynn @ 9:45 am
12/29/2006
Huhu akhirnya berjaya gak menaikkan ranking domain www.e-scorea.com di tempat pertama pada www.yahoo.com, alhamdulilah. Cuba anda taip perkataan ’scorea’, pada yahoo atau google sekarang
. Sebelum ini kalau tidak di tempat kelima mungkin keenam atau ketujuh, hehe… kena usaha lagi. Pada google pun sama masih di tempat ketujuh atau kelapan. Syukur, hari ini domain itu sendiri yang berada di tempat pertama. Jika sebelum ini hanya blog dan forum sahaja. Alhamdulilah. Namun website rasmi masih belum 100% sempurna, ada sahaja halangan, insyaallah sempena tahun baru agaknya akan siap. Tungguuuuu!!!
Okay kepada yang nak balik raya tu berhati-hati di jalan raya, kalau letih memandu berehat2 la ye, kami sekeluarga di Jepun tak balik kampung… berraya di perantauan lagi. Ohya jemputlah baca ucapan khas raya kami di utusan sana..hehe jangan la gelak
Akhirkata,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1427 DAN SELAMAT TAHUN BARU 2007. MAAF ZAHIR DAN BATIN.
12/28/2006
Mmm dah agak lama tak berupdate info di dalam blog Score A ini. Maklumlah kami sibuk bercuti-cuti Jepun, masa mengadap komputer agak terhad.
Baiklah hari ini saya kongsikan satu file PERCUMA untuk anda download. Ianya khas untuk mereka yang bercita-cita untuk menceburi bidang perniagaan Score A.
Dapatkan ianya PERCUMA di sini!
Category:
Umum — lynn @ 4:18 am
12/21/2006
Bagaimana nak menghadapi anak yang tidak mahu baca buku
Ya, bagaimana caranya kita sebagai ibubapa hendak mengatasi masalah ini. Ingat perubahan era teknologi yang begitu pantas sepantas masa berlalu, adakalanya membuatkan kita merasa ketinggalan. Jadi anak-anak pun seolah semakin jauh dengan buku-buku sekolahnya.
Baiklah berbalik kepada persoalan di atas, apakah jawapan yang bakal anda berikan sekiranya ada yang menyuarakan soalan sebegini ? Adakah cara atau teknik yang betul-betul berkesan ? Jika hendak di kaji semula, rasanya semua kemudahan telah di sediakan. Buku-buku sekolah anak sekarang pun sudah tidak seperti zaman kita di sekolah, kira-kira 20 tahun atau 30 tahun dulu. Semuanya menarik dengan di penuhi pelbagai warna. Namun, mungkin ada strategi lain yang kita sebagai ibubapa perlu mencari dan mencari. Kreativiti kita sebagai ibubapanya lah yang dapat membantu anak kita agar dapat mengubah minat dan hobinya agar belajar menggunakan buku.
Namun bagi saya, di Jepun memang kami tidak mengamalkan sistem belajar menggunakan buku. Buku hanya untuk tujuan pembacaan sahaja. Semua info atau data di perolehi dari cikgu melalui helaian-helaian kertas yang di filekan mengikut subjek atau topik tertentu. Itupun setakat buku-buku cerita sahaja yang di bekalkan setiap hari untuk pembacaan di rumah. Namun begitu masalah kami tidak sama dengan masalah ibubapa di Malaysia.
Oleh itu, bagi pendapat saya sistem atau cara kita memantau pembelajaran anak amatlah penting. Justeru itu, hari ni saya menekankan lagi bahawa pembelajaran menggunakan sistem di internet adalah yang terbaik bagi saya buat masa ini selain dari sistem pembelajaran sedia ada. Sistem mengulangkaji yang paling efektif ialah secara latih tubi ataupun cara berulang-kali. Insyaallah minat anak-anak terhadap buku akan dapat di atasi dengan perlahan-lahan. Tak percaya ?? cubalah hari ini. Anda sebagai ibubapa akan tahu keberkesannya program ini! Tunggu apalagi rebutlah peluang istimewa ini hari ini!